Thursday, April 5, 2012

Dah lama tak ambik gambar wedding.. Seingat saya, last sekali tahun 2010.. Itu pun member kawin.. Customer last sekali yg saya ambik dalam awal tahun 2009.. Hmmm.. 2009 - 2012 = 3 tahun dah.. Gambar ambik jugak, tapi untuk skop lain.. Nak kata saya kerja apa? Hmm lagi susah nak jawab.. Cikgu anak saya tanya kat anak saya.. "Muhamad Alif! Bapa kamu kerja apa?" tanya cikgu..  "Bapa saya kerja KL cikgu" jawab Alif selamba.. "Yea..Laa.. Kerja sebagai apa?" tanya cikgu lagi.. "Ntah cikgu.. Abah kata kerja KL aja.. Kerja dengan Datuk" jawab Alif selamba.. Hmmm... Aku kerja apa?.. Paling senang, kerja KL dengan Dato.. Janji kerja, janji ikhlas, janji ada masa hadapan.. Masa boss nak amik saya kerja dulu pun, terfikir jugak.. "Apa ada lebih kat aku nie?".. Tapi jawapan itu ada pada pesanan yang boss bagi kat saya.. "Skill dan pengalaman boleh diasah, belajar dan diusahakan.. Tetapi Amanah, Ikhlas, Komitment yang tinggi susah belajar, kerana itu adalah sikap yang Allah S.W.T. anugerahkan pada seseorang insan.. Jika ada daya usaha yang tinggi, semua perkara kita boleh jayakan.. Walaupun bukan 100%, tetapi 70% - 80% mesti kita boleh dapat, Insyaallah..Jadi, berbalik kepada persoalan tadi... Saya kerja apa?

No comments:

Post a Comment